Monday, 7 September 2009

Hari Nuzul Quran

MENGHAYATI KEUNGGULAN AL-QURAN

HARI ini 17 Ramadan, umat Islam menyambut Nuzul al-Quran. Nuzul al-Quran ini diperingati kerana dalam sejarah kelahiran Islam pada malam sebelumnya Tuhan menerusi malaikat Jibril pertama kali menurunkan sepotong ayat suci yang kemudiannya dikenali sebagai al-Quran kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.

Pada malam Nuzul al-Quran inilah ayat Iqrak diajar kepada Nabi s.a.w. yang ketika itu berada di Gua Hirak.

Dengan turunnya al-Quran ia telah meletakkan asas-asas peraturan hidup yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam.

Al-Quran yang diperturunkan secara berperingkat-peringkat telah diangggap sebagai kitab suci yang telah berjaya merubah cara kehidupan umat Arab ketika itu daripada kehidupan jahiliah kepada kehidupan yang beradab dan bertatasusila.

Al-Quran membawa bersama-samanya cahaya penerang kegelapan kepada umat Arab ketika itu.

Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam ayat-ayat suci itu telah berjaya menyemarakkan ketamadunan manusia seperti mana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t.

Di samping nilai-nilai baik, dalam kitab suci ini juga dinyatakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang mengakui sebagai seorang Muslim.

Dalam lain perkataan al-Quran telah meletakkan panduan dan pedoman untuk umat Islam mencorakkan cara hidup yang diredai Allah.

Di dalamnya juga terkandung khazanah perbendaharaan ilmu yang maha luas untuk kita terokai.

Justeru, pada Ramadan al-Mubarak ini kita umat Islam digalakkan malah dituntut untuk mentadarus al-Quran bagi menghayati pengajaran dan nilai-nilai suci dan harmonis yang terkandung di dalamnya.

Terdapat hadis yang menyebut bahawa jika kita membaca al-Quran pada bulan Ramadan setiap huruf yang kita baca itu diberi ganjaran sepuluh pahala. Pahala itu dikira dari huruf alif lam mim.

Menyedari hakikat itu marilah kita bersama-sama berusaha untuk membaca dan menghayati ayat-ayat suci ini walaupun setahun sekali agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya dituntut oleh Islam.

Dalam dunia yang serba kompleks ini memang disedari bahawa untuk kita meluangkan masa mentadarus al-Quran adalah sesuatu yang cukup berat.

Bagaimanapun, kita percaya pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan syaitan dan iblis dirantai adalah suatu tempoh waktu yang dikira sesuai untuk kita cuba menghayati isi kandungan al-Quran.

Sebenarnya, di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempunyai kesan atau nilai intrinsik yang dapat melegakan stres kehidupan rutin kita.

Malah panduan bagi membentuk kerukunan sosioekonomi rumah tangga seperti sikap berjimat cermat dan hubungan interaksi sesama masyarakat turut diperoleh.

Maka, rebutlah ganjaran pahala, rahmat, kemaafan dan keberkatan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat khususnya membaca al-Quran dengan menghayati pengertian daripada ayat-ayat suci itu dan seterusnya berusaha mengamalkan pengajaran dan nilai-nilai murni yang dipeloporinya agar kita dapat membentuk keperibadian yang luhur dan kebersihan jiwa yang sememangnya didambakan oleh Islam.

Semoga selepas Ramadan kita akan menjadikan amalan mentadarus al-Quran sebagai kegiatan harian kita.

Credit to Ohbayu.com

Saturday, 29 August 2009

Berbuka Puasa Cara Rasulullah s.a.w

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. ” (Surah al-`Araf:31) .

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin `Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.: “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Saturday, 22 August 2009

Keterangan Hadith 1 part 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, kembali semula kita di awal Ramadhan. Sebelum memulakan Keterangan kedua Haditha 1, saya nk ucapkan SELMAT MENUNAIKAN IBDAH PUASA kepada semua umat Islam!

Keterangan Hadith 1 Part 2

Setelah menyebut tentang Puasa dan Tarawih, Bginda s.a.w telah menumpukan perhatian kita kepada hal mengambil berat amalan-amalan fardhu dan sunat yang umum. Pahala stau amalan sunat adalah sama dengan amalan fardhu di bulan-bulan yang laindan pahala satu amalan fardhu adalah sama dengan tujuh puluh amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

Kecuian kita terhadap amalan-amalan fardhu begitu ketara sehingga ada di antara kita yang tidur semula selepas sahur maka solah subuhnya terpaksa diqadha ataupun sekurang-kurangnya kebanyakkan orang akan terlepas dari solah berjemaah. seolah-olah kita sanggup bersyukur diatas makanan yang dimakan ketika sahur hanya dengan menqhada satu perintah yang paling penting di sisi Allah s.w.t.
Disamping itu Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Solah orang yang berhampiran dengan masjid bukan lah solah kalau ia tidak di tunaikan di Masjid" (saya clear kan di sini, sabdaan ini ditujukan pada kaum ADAM).

Dengan mengabungkan kedua-dua Hadith1, para Ulama telah mengeluarkan hukum bahawa membaca al-Quran Sebagaiman yang telah biasa di kalangan umum adalah sunat maksudnya seorang membaca dan seorang lagi mendengar secar bergilir. Ringkasan tilawah patut di lakukan sebanyak mungkin dengan memberi perhatian yang khusus kepadanya dan mensia-siakan masa yang telah terluang dari tilawahadalah satu oerbuatan yang tidak patut. Oleh kerana itu di akhir Hadith tersebut Nabi s.a.w telak menarik perhatian kita secara khusus kepada empat perkara yang telah memerintah kita untuk memperbanyakkan pada bulan ini;

1. Kalimah Tayyibah لا اله الا الله
2. Istighfar
3. Doa meminta Syurga
4. Doa meminta permindungan dari Neraka

oleh kerana iyu, anggaplah untuk mengabiskan sebanyak mana masa lapang dengan perkara-perkara ini adalah satu tuah dan inilah bentuk penghargaan sebenar kepada suruhan Nabi s.a.w. Apalah susahnya, di samping segala kalimah Tayyibah.

Walaupun dibeban dengan segala kesibukkan duniawi.
Tetapi masih aku tidak lalai dari mengigati mu
puisi dalam bahasa URDU

Wednesday, 19 August 2009

Keterangan Hadith 1

Keterangan Hadith 1 Part 1

Beberapa perkara dapat di ketahui dari hadith ini. Pertamanya, perhatian yang diberikan kepada Nabi s.a.w secara khusus di akhir sya'ban untuk memberi penerangan dan peringatan kepada orang ramai agar satu saat pun daripada Ramadhan Al-Mubarak tidak berlalu dalam keadan LALAI!. Kemudian, dalam peringatan itu selepas menerangkan kelebihan keseluruhan bulan tersebut, Baginda telah menarik perhatian kita secara khusus Kepada beberapa perkara. Pertama-tamanyaialah LAILATUL QADR. Pada hakikatnya, ia adlah satu malam yang sangat penting.

Selepas itu Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa Allah s.w.t telah memfardhukan puasa padnya dan telah menjadikan bediri pada malamnya yakni Tarawih sebagai satu amalan sunat. Dari kenyataan ini dapt di ketahui bahwa perintah untuk Terawih datang dari Allah s.w.t sendiri. Mana-Mana riwayat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengaitkan perintah itu kepadanya sendiri dengan berkata, "Saya menjadikan SUNAT" membawa maksud penekanan (ta'kid) iatu Rasulullah sangat memberi penekanan terhadapnya. Oleh kerana itulah semua imam-imam mazhab bersepakat bahwa ia adalah sunat.
Ditulis dalam kitab "Burhan" bahawa dikalangan orang-orang Islam, tida yang mengingkari kecuali golongan syiah.Hazrat Maulana Sahh Abdul haq Muhaddith Dehlawi rah. tealh menukilkan didalam kitabnya "Ma Thabata Bissunnah dari beberapa kitab feqah bahwa sekiranya penduduk mana-mana bandar meninggal kan solah Tarawih maka pemerintah hendaklah memerangi mereka dengan alasan peniggalan tersebut.

Di sini ada stu hal yang sangat penting untuk diperhatikan. Orang ramai menganggap bahawa sudah memadi mereka bersolah Tarawih dengan mendengar seluruh Al-Quran di bacakan dalam lapan atau sepeluh malam di mana-mana masjid dan selepas itu mereka teru rehat.
Perlu di perhatukan di sini bahawa terdapat DUA sunnah yang berasingan. Membaca atau mendengar al-Quran di dalam Terawih, ini adalah satu sunnah yang tersendiri. Manakala bersolah Terwaih di sepanjang Ramadhan juga adalah satu sunnahtersendiri.
Jadi sekiranya amaln orang ramai seperti yang dinyatakan di atas makan mereka telah mengamalkan satu sunnah dan meninggalkan satu sunnah yang lain. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang susah untuk berada setempat kerana perjalanan dll., adalah lebih baik jika mereka dapat mendengar seluruh bacaan al-Quran di dalam solah Tarawih pada beberapa hari pemualaan supaya tidak akan berlaku kekurangan dalam mendengar bacaan al-Quran dan kemudian apabila ada peluang makadia bersolah Tarawih. Dengan cara ini Bacaan al-Qurannyapun tidak terabai dan kerjanya

TOPIC AKAN DATANG MINGGU HADAPAN - Keterangan Hadith 1 part 2

Nantikan... Syukran!!

Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan 1

بسم الله الرحمن الرحيم
BAB 1
HADITH 1 part1

Hazrat Salman رضي الله عنه berkata bahawa Rasullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'ban;

"Wahai Manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang Agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (lailatul Qadr) yang lebih baik daripada seribu bulan, Satu bulan yang Allah telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya (berterawih) sebagai satu amalan SUNAT, Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menuanaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seorang yang menunaikan 70 FARDHU pada bulan-bulan lain. Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah Syurga!

Ia adalah bulan Simpati. Ianya bulan yang di tambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan kepada dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat
رضي الله عنهم lalu berkata, "Tidak lah setimpal dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Allah سبحانه وتعالى memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan akhirnya PELEPASAN daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan alan dilepaskan dari azab api neraka. Perbanyakkan pada bulan ini EMPAT perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan DUA perkara dan DUA perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahwa tiada tuhan Selain dari Allah سبحانه وتعالى
iaitu:
لا اله الا الله dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara DUA perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah MEMOHON SYURGA dari Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARIPADA API NERAKA. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minum dari telaga (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga!

TOPIC AKAN DATANG MINGGU HADAPAN - Keterangan Hadith 1 (hadith di atas)

Tuesday, 18 August 2009

Assalamualaikum

الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين...... أما بعد

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadhrat Allah swt yang menguat kat niat saya untuk membuat blog MNRZ-Edisi Ramadhan ini..
Saya harap dengan blog ini,Anda semua mendapat manfaat ramadhan...
Kunci kepada ini ialah;
B-aca
A-mal
S-ampaikan
(BAS yang membawa kita ker Jalan Allah swt.)

InsyAllah.. Bab 1 akan saya mulakan pada hari esok.
kalau ada silap salah.. tolong bagi tunjuk ajar... ^_^

wassalam~